PENGADIL, PELATIH DAN PEGAWAI DI DALAM PERMAINAN SCRABBLE.
Pengadil, Pegawai dan pelatih di dalam permainan SCRABBLE adalah sama seperti permainan lain juga iaitu catur dan sebagainya. Mereka ini amat penting di dalam suatu permainan untuk mengadili permainan itu. Mereka akan menunjukkan dan memberitahu perkara yang sepatutnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Dengan adanya mereka dalam suatu permainan, permainan itu akan berjalan dengan lancar dan pemenang akan diadili dengan adil.
CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PEGAWAI :
Pegawai bagi permainan scrabble terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :
URUS SETIA
◦Menyelaras aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa kecil
◦Urusan surat menyurat
◦Mengurus permohonan pesanan tempahan atau local order
◦Merancang dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
◦Menyenaraikan jemputan-jemputan khas2
BENDAHARI
◦Menyelaras perbelanjaan semua jawatankuasa kecil
◦Memastikan wang diterima dan dikeluarkan mengikut prosedur
◦Menyemak bil-bil tuntutan mengesahkannya untuk pembayaran
◦Menyalurkan wang peruntukkan untuk tujuan pembayaran perkhidmatan
◦Memberi taklimat prosedur kewangan
JAWATANKUASA TEKNIKAL
◦Menyediakan syarat pertandingan yang terkini
◦Memastikan syarat pertandingan telah diterima dan dipatuhi
◦Menyediakan format pemarkahan untuk hakim-hakim
◦Memastikan kesesuaian tempat dan peralatan pertandingan
◦Bertanggungjawab memberi taklimat kepada hakim-hakim
PENYELARAS MAJLIS
◦Melantik Pengurus Pentas/ Pengurus Pertandingan dan Petugas Pentas
◦Mendapatkan segala butiran perjalan majlis daripada urus setia
◦Memberi taklimat perjalan majlis kepada jawatankuasa kerja
◦Memberi taklimat berkaitan tugas kepada Petugas Pentas
◦Mengedarkan susun tadbir tugasan kepada Petugas Pentas
CIRI-CIRI DAN PERANAN JURULATIH
◦Jurulatih ini ialah ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka .
◦Jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat.
◦Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.
DORONGAN
◦ciri ciri jurulatih ini ialah ,berorientasikan matlamat pencapaian.
◦cara jurulatih ini ialah , tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi membuatkan ia berkesan.
◦Jurulatih juga tidak tidak mudah berputus asa walaupun pelbagai rintangan dihadapi .
PENYABAR
◦Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehigga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan.
◦Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten .
◦Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila mencapai sesuatu matlamat .
PRINSIP DAN ETIKA
JURULATIH
Organisasi : Berdasarkan kepada perkara -perkara latihan . Sediakan dengan lebih awal .Penerangan : Gunakan perkataan yang mudah difahami , Jelas dan ringkas . Gunakan papan tulis atau alat pandang dengar jika diperlukan .
Demonstrasi: Tunjukkan apa yang dilakukan / dipraktikan. Jika tidak boleh, gunakan pemain
Aplikasi: Latihan. Jangan kerap mengganggu. Sentiasa Bergerak. Gunakan kata-kata perangsang.
Pemerhatian: Lihat pergerakan yang baik-beri galakkan.Kenalpasti masalah/kesilapan yang ketara.Berhenti.
PENGADIL:
Pengadil adalah orang yang berkuasa, dalam pelbagai sukan, yang bertanggungjawab untuk mempengerusikan permainan dari sudut pandangan neutral dan membuat keputusan terbang yang menguatkuasakan peraturan sukan itu, termasuk keputusan kesukanan seperti penyemburan.
- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang.
- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan permainan.
- Memberhentikan perlawanan sekirannya ada gangguan daripada pihak luar,
- Mengenakan tindakan atau denda kepada pemain yang tidak mematuhi peraturan permainan.
- Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
No comments:
Post a Comment