Wednesday, January 2, 2019

apa itu scrabble






Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.


SEJARAH SCRABBLEPermainan Scrabble dicipta pada tahun 1938 dengan nama "Criss-Crosswords" oleh seorang jurutera bernama Alfred Mosher Butts.Permainan ini merupakan penyempurnaan dari permainan Lexiko yang diciptanya terdahulu, tetapi dilengkapi papan permainan dan cara bermain seperti teka silang kata.


TEKNIK BERMAIN SCRABBLEPermainan scrabble boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :


1) Persediaan
Gambar berjudul Play Scrabble Step 1
Alatan permainan scrabble ialah papan permainan,100 jubin huruf, satu rak huruf untuk setap pemain dan kantung untuk menyimpan jubin

Gambar berjudul Play Scrabble Step 4
tentukan giliran setiap pemain
Gambar berjudul Play Scrabble Step 5
pilih tujuh jubin huruf secara rambang tanpa pengetahuan pemain lain dan disusun ke atas rak  huruf



2)MEMULAKAN PERMAINAN SCRABBLE-pemain yang mendapat huruf paling dekat dengan A memulakan permainan
-setelah menyusun jubin kata pemain perlu mengira poin yang diperoleh
-pada giliran yang seterusnya,pemain hendaklah mengambil jubin kata yang baru
-pemain seterusnya mestilah menyambung perkataan yang telah dibuat oleh pemain sebelumnya


3)PENGSKORAN


Kiraan mata yang diperoleh daripada perkataan yang dimainkan:

Darabkan mata yang tertera pada huruf yang diletakkan di atas petak bonus mengikut petunjuknya, iaitu darah 2 untuk "double-letter" atau darab 3 untuk "triple-letter"
Tambahkan mata yang tertera pada huruf lain dalam perkataan itu (baik yang baru diletakkan mahupun tersedia), kecuali keping kosong.
Untuk satu huruf yang diletakkan di atas petak "double-word", maka jumlah mata perkataan tersebut didarab dua (atau didarab 2 lagi)
Untuk satu huruf yang diletakkan di atas petak "triple-word", maka jumlah mata perkataan tersebut didarab tiga (atau didarab 3 lagi).


Petunjuk petak bonus juga mempengaruhi jumlah mata yang dikira dari perkataan tambahan yang terbentuk setelah perkataan utama disusun, tetapi petak bonus yang sudah dipakai tidak laku lagi pada giliran berikutnya.
Sekiranya pemain berjaya menggunakan ketujuh-tujuh huruf yang ada dengannya, maka dia boleh meraih bonus 50 mata yang ditambahkan pada jumlah mata perkataan yang disusun. Di Amerika Syarikat dan Kanada, bonus 50 mata ini disebut "bingo" atau sekadar disebut "bonus" di negara-negara lain.


4)POIN SETIAP HURUF / JUBIN
0 point - jubin kosong
1 point - A,E,I,L,N,O,R,S,T,U
2 point - D,G
3 point - B,C,M,P
4 point - F,H,V,W,Y
5 point - K
8 point - J,X
10 point - Q,Z


TIPS PERMAINAN
-huruf kosong dapat mengganti semua huruf tetapi poin jubin ini adalah kosong

No comments:

Post a Comment