Thursday, March 28, 2019

PENGADIL, PELATIH DAN PEGAWAI DI DALAM PERMAINAN SCRABBLE.


Pengadil, Pegawai dan pelatih di dalam permainan SCRABBLE adalah sama seperti permainan lain juga iaitu catur dan sebagainya. Mereka ini amat penting di dalam suatu permainan untuk mengadili permainan itu. Mereka akan menunjukkan dan memberitahu perkara yang sepatutnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Dengan adanya mereka dalam suatu permainan, permainan itu akan berjalan dengan lancar dan pemenang akan diadili dengan adil.


CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PEGAWAI :
Pegawai bagi permainan scrabble terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :


URUS SETIA
Menyelaras aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa kecil
Urusan surat menyurat
Mengurus permohonan pesanan tempahan atau local order
Merancang dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Menyenaraikan jemputan-jemputan khas2


BENDAHARI
Menyelaras perbelanjaan semua jawatankuasa kecil
Memastikan wang diterima dan dikeluarkan mengikut prosedur
Menyemak bil-bil tuntutan mengesahkannya untuk pembayaran
Menyalurkan wang peruntukkan untuk tujuan pembayaran perkhidmatan
Memberi taklimat prosedur kewangan


JAWATANKUASA TEKNIKAL
Menyediakan syarat pertandingan yang terkini
Memastikan syarat pertandingan telah diterima dan dipatuhi
Menyediakan format pemarkahan untuk hakim-hakim
Memastikan kesesuaian tempat dan peralatan pertandingan
Bertanggungjawab memberi taklimat kepada hakim-hakim


PENYELARAS MAJLIS
Melantik Pengurus Pentas/ Pengurus Pertandingan dan Petugas Pentas
Mendapatkan segala butiran perjalan majlis daripada urus setia
Memberi taklimat perjalan majlis kepada jawatankuasa kerja
Memberi taklimat berkaitan tugas kepada Petugas Pentas
Mengedarkan susun tadbir tugasan kepada Petugas Pentas



CIRI-CIRI DAN PERANAN JURULATIH

KECERDASAN SUKAN
Jurulatih ini ialah ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka .
Jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat.
Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.

DORONGAN
ciri ciri jurulatih ini ialah ,berorientasikan matlamat pencapaian.
cara jurulatih ini ialah , tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi membuatkan ia berkesan.
Jurulatih juga tidak tidak mudah berputus asa walaupun pelbagai rintangan dihadapi .

PENYABAR
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehigga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan.
Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten .
Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila mencapai sesuatu matlamat .

PRINSIP DAN ETIKA


JURULATIH 
Organisasi : Berdasarkan kepada perkara -perkara latihan . Sediakan dengan lebih awal .Penerangan : Gunakan perkataan yang mudah difahami , Jelas dan ringkas . Gunakan papan tulis atau alat pandang dengar jika diperlukan .
Demonstrasi: Tunjukkan apa yang dilakukan / dipraktikan. Jika tidak boleh, gunakan pemain
Aplikasi: Latihan. Jangan kerap mengganggu. Sentiasa Bergerak. Gunakan kata-kata perangsang.
Pemerhatian: Lihat pergerakan yang baik-beri galakkan.Kenalpasti masalah/kesilapan yang ketara.Berhenti.


PENGADIL
Pengadil adalah orang yang berkuasa, dalam pelbagai sukan, yang bertanggungjawab untuk mempengerusikan permainan dari sudut pandangan neutral dan membuat keputusan terbang yang menguatkuasakan peraturan sukan itu, termasuk keputusan kesukanan seperti penyemburan. 


- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang.
- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan permainan.
- Memberhentikan perlawanan sekirannya ada gangguan daripada pihak luar, 
- Mengenakan tindakan atau denda kepada pemain yang tidak mematuhi peraturan permainan.
- Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
 LAPORAN AKTIVITI : PERTANDINGAN TERTUTUP SCABBLE

TARIKH : 27 MAC 2019
VENUE : BILIK KULIAH JABATAN ELEKTRIK


antara pasukan yang bersarapan

ucapan pensyarah kelab scrabble

bacaan doa sebelum memulakan acara

pengacara majlis acara ini

taklimat dan penerangan tentang permainan









ketika pertandingan berlangsung








penyampaian hadiah dan sesi bergambar

Wednesday, January 9, 2019

*first aktiviti*
new post! hi dan assalamualaikum. hari ini kami, kelab kami telah menjalankan aktiviti bermain scrabble untuk kali yang pertama. kumpulan kami tidak ketinggalan untuk turut serta menimba ilmu dan pengalaman baru melalui permainan aktiviti ini o(*^▽^*)o
sempat bermain satu pusingan. banyak perkataan baru yang telah kami pelajari

jumlah markah bagi ketiga-tiga ahli thepristeen 

ini sahaja perkongsian baharu daripada kami. thanks for passing by

Wednesday, January 2, 2019

apa itu scrabble






Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.


SEJARAH SCRABBLEPermainan Scrabble dicipta pada tahun 1938 dengan nama "Criss-Crosswords" oleh seorang jurutera bernama Alfred Mosher Butts.Permainan ini merupakan penyempurnaan dari permainan Lexiko yang diciptanya terdahulu, tetapi dilengkapi papan permainan dan cara bermain seperti teka silang kata.


TEKNIK BERMAIN SCRABBLEPermainan scrabble boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :


1) Persediaan
Gambar berjudul Play Scrabble Step 1
Alatan permainan scrabble ialah papan permainan,100 jubin huruf, satu rak huruf untuk setap pemain dan kantung untuk menyimpan jubin

Gambar berjudul Play Scrabble Step 4
tentukan giliran setiap pemain
Gambar berjudul Play Scrabble Step 5
pilih tujuh jubin huruf secara rambang tanpa pengetahuan pemain lain dan disusun ke atas rak  huruf



2)MEMULAKAN PERMAINAN SCRABBLE-pemain yang mendapat huruf paling dekat dengan A memulakan permainan
-setelah menyusun jubin kata pemain perlu mengira poin yang diperoleh
-pada giliran yang seterusnya,pemain hendaklah mengambil jubin kata yang baru
-pemain seterusnya mestilah menyambung perkataan yang telah dibuat oleh pemain sebelumnya


3)PENGSKORAN


Kiraan mata yang diperoleh daripada perkataan yang dimainkan:

Darabkan mata yang tertera pada huruf yang diletakkan di atas petak bonus mengikut petunjuknya, iaitu darah 2 untuk "double-letter" atau darab 3 untuk "triple-letter"
Tambahkan mata yang tertera pada huruf lain dalam perkataan itu (baik yang baru diletakkan mahupun tersedia), kecuali keping kosong.
Untuk satu huruf yang diletakkan di atas petak "double-word", maka jumlah mata perkataan tersebut didarab dua (atau didarab 2 lagi)
Untuk satu huruf yang diletakkan di atas petak "triple-word", maka jumlah mata perkataan tersebut didarab tiga (atau didarab 3 lagi).


Petunjuk petak bonus juga mempengaruhi jumlah mata yang dikira dari perkataan tambahan yang terbentuk setelah perkataan utama disusun, tetapi petak bonus yang sudah dipakai tidak laku lagi pada giliran berikutnya.
Sekiranya pemain berjaya menggunakan ketujuh-tujuh huruf yang ada dengannya, maka dia boleh meraih bonus 50 mata yang ditambahkan pada jumlah mata perkataan yang disusun. Di Amerika Syarikat dan Kanada, bonus 50 mata ini disebut "bingo" atau sekadar disebut "bonus" di negara-negara lain.


4)POIN SETIAP HURUF / JUBIN
0 point - jubin kosong
1 point - A,E,I,L,N,O,R,S,T,U
2 point - D,G
3 point - B,C,M,P
4 point - F,H,V,W,Y
5 point - K
8 point - J,X
10 point - Q,Z


TIPS PERMAINAN
-huruf kosong dapat mengganti semua huruf tetapi poin jubin ini adalah kosong